15 Ogo 2011

16 Ramadhan 1431H

Sudah lama ku tak menjenguk blog sendiri...kekangan masa tidak mengizinkan ku menatap blog ini demi mencari rezeki yang telah dijanjikan Allah s.w.t....16 ramadhan 1432H, pada tarikh yang sama jua di 1431H yang mana aku pulang ke kampung halaman dengan membawa berita gembira namun berita sedih yang menjelma.

Jam 8.15pagi, aku bersama abang dalam perjalanan ke stesen bas Putra untuk pulang ke kampung halaman, tiba-tiba kami mendapat panggilan dari kampung menyatakan ayahanda telah pulang ke sisiNya...Betapa sedih hati namun terpaksa tabahkan jua...

Jam 11pagi kami bertolak ke kampung halaman, perjalanan terasa jauh kerana kami ingin cepat sampai ke kampung halaman...Jam 4 petang kami tiba di kampung dan menziarah kubur ayahanda serta membaca talkin untuk beliau..Setelah itu, kami berbuka puasa & tahlil di rumah saudara...

Lepas solat isyak & terawih berjemaah, kami mengadakan majlis tahlil yang dihadiri hanya adik-beradik. Majlis ini diketuai oleh anak saudara. Sayu terasa hati kerana telah kehilangan ayahanda, semoga beliau bahagia di sana..

Al-fatihah........