15 Ogo 2011

16 Ramadhan 1431H

Sudah lama ku tak menjenguk blog sendiri...kekangan masa tidak mengizinkan ku menatap blog ini demi mencari rezeki yang telah dijanjikan Allah s.w.t....16 ramadhan 1432H, pada tarikh yang sama jua di 1431H yang mana aku pulang ke kampung halaman dengan membawa berita gembira namun berita sedih yang menjelma.

Jam 8.15pagi, aku bersama abang dalam perjalanan ke stesen bas Putra untuk pulang ke kampung halaman, tiba-tiba kami mendapat panggilan dari kampung menyatakan ayahanda telah pulang ke sisiNya...Betapa sedih hati namun terpaksa tabahkan jua...

Jam 11pagi kami bertolak ke kampung halaman, perjalanan terasa jauh kerana kami ingin cepat sampai ke kampung halaman...Jam 4 petang kami tiba di kampung dan menziarah kubur ayahanda serta membaca talkin untuk beliau..Setelah itu, kami berbuka puasa & tahlil di rumah saudara...

Lepas solat isyak & terawih berjemaah, kami mengadakan majlis tahlil yang dihadiri hanya adik-beradik. Majlis ini diketuai oleh anak saudara. Sayu terasa hati kerana telah kehilangan ayahanda, semoga beliau bahagia di sana..

Al-fatihah........

29 Jun 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA..........

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 

Sumber:I Luv Islam

8 Jun 2011

Hargailah Ketika Di depan Mata...............

Kenapa kite tidak pernah menghargai sesuatu di hadapan melaenkan dye telah pergi dari hidup kite???? Bile depan mate kite buat tidak endah, marah, herdik & macam-macam lagi yang tidak patut tapi bile dye tak ada dalam sehari mesti kite akan cari dye wlaupun mase tue dye terlalu bz untuk muncul di hadapan kite???

Macam jugak kes kawan yang terlalu baik dengan kite, jage kite tapi kite tak pernah nak hargai kesetiaannye hingga lah satu hari dye pergi dari hidup kite...mesti kite akan tercari-cari dye...tahu tak semasa dye sentiase ad dengan kite, kite langsung tak nak hargai dye sampaikan sanggup kite perlekehkan dye hadapan yang len2...
walaupun hati kite memang sayangkan dye sebab dye lah kawan kite tapi ego menyebabkan kite tak hargai dye...maybe taraf hidup kite lebih tinggi dari dye sebab tue kite sanggup perlekehkan kawan sendiri....tahu tak yang kamu sebenarnyer seorang yang terlalu pentingkan diri sendiri sehingga sanggup lukakan hati kawan sendiri dan hati sendiri yang sebenarnya sayangkan kawan...

Kawan, jangan lah ego sesame manusia sebab kite nie semuanye makhluk ALLAH yang tidak kekal, semua yang kite miliki sekarang hanyalah sementara jer...ingatlah yang mungkin sebentar lagi kamu bakal ditarik nyawa...same-same lah bertaubat dan berdoa semoga kite semua sentiasa dalam lindungan-Nya...aku bukan la sorang yang sempurna tapi aku akan cuba baiki kelemahan untuk mase depan aku...

2 Jun 2011

Francessca Peters (Manan Ngah / Lukhman S)

Sekadar Di Pinggiran 

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka


Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...
 

29 Mei 2011

Putaran Roda......

Cukup sampai di sini perjalanan idop yg tiada henti...roda yang sentiase berputar di dunia ini kdg2 bakal menghentikan denyutan jantung kite tatkala mendapat berite yang memeranjatkan...

Kali nie memang memeranjatkan betol....tapi semua nie sudah suratan takdir. aku terime dengan hati terbuka...aku masih muda & perjalanan idop masih panjang yang perlu aku lalui...liku-liku idop masih penuh onak duri yang menusuk diri ini...

Statusku bakal bertukar lagi tapi cam ne aku nak gtaw pamili???mesti dorg terkejut bile dapat tahu pasal nie....tapi aku tahu pamili aku mesti support aku dari belakang... anyway, searching yang baru la...hahahaha~~~

23 Mei 2011

Cinta Sebelah Tangan...

Kalau orang tak sudi, siapalah kita untuk berinya mengerti...

Kalau orang tak sudi, cinta yang hadir di hati anda mahu dicampak ketengah atau ketepi? 

Selalu terjadi, banyak orang yang menaruh hati pada seseorang. Dalam diam berdoa semoga harapan hadir dalam genggaman. Tapi tiada yang pandang akan niat baikmu, apatah lagi memandang akan wajah bersihmu.

Kalau orang tak sudi, kita harus melangkah pergi. Kita tidak boleh memaksa hati. Cinta itu dipupuk, cinta itu hadir secara lahiriah dan tiada paksaan. Tapi, bagaimana kalau kita terlalu mencintainya tapi dia hanya memandang sebelah mata? Bolehkah kita berusaha untuk hebatkan akan rasa ia?

Kalau kamu cantik, kamu baik dan kamu punya segala-galanya, mungkin kamu dapat cinta kamu tapi percayalah cinta itu bagaikan di beli. kejujuran cinta itu cukar dibaca apatah lagi untuk di halusi.

Bila kita katakan pada hati kita, kita mahukan cinta itu. Kita mahukan sayang itu tapi hatinya hanya berkata sifar pada harapan kita, kita bukanlah sesiapa pun dihatinya. Kita puja sepenuh jiwa, bersajak dan melagukan syair gemalai jiwa, cinta itu tetap tidak boleh di paksa.

Cinta pada yang tak sudi, berhentilah memandang akannya. Kita hanya alur sungai yang menyambut laut besar ombak menanti. Kita cari manusia lain pula yang memandang kita, yang memahami kita dan yang menerima seadanya apa pun cacat baik milik kita.

Tapi jangan paksa akan cinta, jangan paksa akan dakap mesra dan jangan mengharapkan yang pengakhiran baik selama-lamanya. Bagaimana kuat sekali pun anda cuba paksa diri untuk hadirkan cinta itu, sekiranya ia tiada disitu...melangkahlah dan sambutlah angin dingin yang baru.

Hidulah nafas kita pada hikayat baru manusia yang cuba memahami cinta yang abadi. Kita hanya sandarkan kecewa itu di satu sudut yang jauh dari hati. Agar tiada tersinggung dan tiada kecil hati.

22 Mei 2011

Single Itu Bukan Bersendirian....

Kamu memandang padanya. Kamu mencuri-curi melihat kelibatnya. Mata kamu seolah bermain rasa dan bersandiwara.

Kamu rasa amat kuat satu debar di dada... tapi dalam catat tinta hatimu kamu kuat berkata... : Single dan bersendiri itu ialah kamu. Hidup tanpa cinta itu ialah kamu dan dakwa kamu: Cinta itu buangkan tenang hayat nafasmu.
Itu dulu. Hari ketika kamu leka bermain layang-layang milik anganmu. Ketika masa yang sama kamu terbangkan akan impian punya cinta itu. Kerana katamu, kamu bahagia menjadi bersendirian dan buangkan kuat suara hatimu mendayu.
Single itu bahagia? Single itu tiada komitment pada rasa dan jiwa?

Manusia mampu berkata apa saja. Kita mampu menolak sesuatu itu kerana kita dapat rasakan kita gagah bertahan kerana kita masih tersisa ego dan rasa gagah perkasa, gagah seorang manusia lemah sebenarnya.

Tapi, dalam diam kamu masih mencuri-curi memandang akan mata insan itu. Kamu masih tercari akan manis senyumnya diluar batas imaginasi diri. Kamu rindu, tapi kamu masih menidakkan bicara hatimu.

Degil.

Degil untuk mengaku bahawa kamu telah kalah, degil untuk mengaku bahawa ada debar sudah terpahat dalam bicara keras seorang manusia. Kamu takut akan terluruh prinsip kamu dan kuasa diri kamu pada sekitar hayat dan masa.
Mahu mengalah, tapi kamu rasa kamu amat malu untuk mengakui akan hakikatnya.

Kamu rasakan, kamu mungkin bukan terbaik dari yang insan itu akan pilih. Kamu terpesona pada bicaranya, tapi hati kamu kuat menangis mahu mengakui akan hakikatnya kamu hanya mahu bersendiri.

Single bukan jalan untuk menutup ruang dingin hatimu.

Kamu harus berdiri dan menatap wajahnya berulang kali, beranikan suara dalam lubuk hatimu. Berbicaralah, kamu perlukan dakapan malam suatu hari nanti. Kamu perlukan bisik kuat cintanya untuk kamu bernafas setiap kali. Kamu juga perlukan pelukan indah itu agar kamu selayaknya dapat menatap segala indah milik insan yang kamu kasihi.
Berbicaralah dengan indah bulan. Katakan padanya bahawa kamu wajah yang dambakan hangat kasih dan harapan. 

Buanglah rasa marah yang terpahat kuat bagaikan dendam...

Belajarlah untuk mengaku bahawa kamu mahukan cinta itu. Dalam sisi gelap dan keras hati kamu, sebenarnya kamu amat amat mahu akan sayang dan bisikan manis itu. Carilah debar itu semula, sesungguhnya hidup ini punya jutaan indah cahaya dan bahagia. Akan ada insan baik yang memimpin tangan kamu dan memeluk erat akan bayang semalammu.

Hidup ini bukan hanya sebuah perjalanan sepi yang hilang penghuni. Penuhilah akan kosong itu dengan kelopak cinta yang harum berbunga. Kucup cinta itu bagaikan baru semalam hujan bertemu akan kelibat pelanginya.

Single itu bukan sendirian, ia hanya satu singgahan sementara kamu bertemu penawar dan teman. Hari ini kamu baca akan kalimah dan kata baik milik aku, esok dengan izinNya, akan dibuka padamu akan benar kataku itu.

20 Mei 2011

Aku & Kerja

Lepas satu, satu kene settle...mule-mule 2-14 mei cuti kene beku sbb SUKANUN VII, pastu 22 mei mesyuarat pengurusan...lastly, 24-26 mei ke Awana Kijal untuk S.O.P....Alhamdulillah my pamili faham situasi aku, so xde nk kene explain..ari nie da ciapkan pe patut cume S.O.P. jer xtaw pe kptsan sbb ketua pgi kursus minggu lepas, nampaknyer kene semuka ngan dye ari Isnin nie...

Hujung minggu di opis da biase bagi aku, pe lagi kalo dapat oncall waktu maghrib...naseb juge umah aku nie dekat ngan tempat keje, 10 minit da sampai keje...da macam orang laki ker keje aku nie tapi alhamdulillah aku suke keje nie..wlaupun kebanyakan laki tapi dorang leh terima aku pompuan sebagai rakan keje...

Waktu aku terima job nie pon aku rase tak sabo nak keje sebab dekat umah, jawatan yang aku impikan selame nie, bia pon aku terpakse lepaskan sesuatu yang maybe orang laen anggap aku nie da tak berape waras...hahahaha~~~

Thanks pada pamili aku sebab support moral pada aku selame nie...I LOVE U ALL...muahxxxx...

19 Mei 2011

Seminggu berkampung di UMT

Mula 2 hingga 14 mei, cuti aku dibekukan... Semue nie psl Sukan Badan Berkanun di UMT...jadual tito aku dh tak menentu lagi..Seminggu tue jgk la aku rase macam-macam dugaan yang berlaku dalam hidup...suke duka smue ade...xpenah-penah ak p pantai kol 11.30 mlm pon, aku pgi jgk..telefon sntiase on, menunggu oncall dri bos..

Muke pon da mcm ape-ape ntah asyik berjemur kt tempat panas,naseb baek ade request yg mintak aku jage di dewan saje, so selamat la cket...tapi kadang-kadang bos panggil ke kompleks sukan sebab ade kene settle kat sane, mau tak mau kne ikot jua...

Lepas jer perasmian SUKANUN, aku lega cket sebab da kurang keje tapi still kena bertugas di dewan untuk elak sebarang kemungkinan. opis da jadi macam tempat aku solat & punch card jer..selebihnyer aku ke seluruh UMT...rakan setugas pon da faham tanggungjawab aku, wlaupun aku pompuan tapi aku kena buat smue tugas nie sebab ini yang aku terdpt dalam skop tugas aku..

13-14 mei aku kena prepare untuk majlis penutup, macam-macam permintaan jawatankuasa yang terpaksa dilayan, memang agak penat melayan karenah & ragam manusia tapi semue nie da tanggungjawab... bile semua dah siap, keje da selesai...aku tak tengok pon majlis penutup sebab badan da penat, alek umah rest jer...